Teks Emcee Kahwin - Skrip Pengacara Majlis Perkahwinan



(KOMPANG KETIBAAN PENGANTIN)

 

Berjalan sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke dalam dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari;

nama pengantin lelaki

 

………………………………………….

 

Dan

 

nama pengantin perempuan

 

………………………………………….

 

 

(PASANG SELAWAT SEMASA PERGERAKAN PENGANTIN MENUJU KE PELAMIN)

 

BismilLahir Rahmanir Rahim

Assalamu `Alaikum W.B.T.

 

Hari ini menugal jagung

Hari esok memintal tali

Hari ini kita berkampung

Meraikan mempelai dua sejoli

 

Yang dihormati, ENCIK …………………………………….… dan PUAN ………………………………….…… selaku tuan rumah kepada majlis kita pada hari ini.

 

Yang dihormati juga keluarga rombongan.

Yang diraikan pasangan mempelai yang diraikan pada hari ini.

 

Seterusnya ahli keluarga, saudara-mara, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian. Selamat datang diucapkan.

 

Hadirin sekalian, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan

oleh UTSAZ/ ENCIK ………………………………….………………………… Dipersilakan.

 

(BACAAN DOA – 5MINIT)

 

Terima kasih diucapkan di atas kesudian memimpin bacaan doa sebentar tadi.

 

Anak muda mengail patin

Mengail patin di tepi titi

Senyum terukir pasangan pengantin

Tanda gembira penuh di hati

Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke salam restu / merenjis :

 

*IKUT LIST DALAM WHATSAPP*

 

(LAGU PERKAHWINAN DIMAINKAN)


Demikianlah tadi, acara  merenjis air salam restu bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di singgahsana.

 

Puan dibawa ke Gunung Ledang

Dibawa dengan penuh beradab

Pinggan mangkuk telah terhidang

Kini masa makan beradab


Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin untuk ke meja utama yang disediakan bagi menikmati hidangan.


(PENGANTIN BERJALAN DARI PELAMIN KE MEJA MAKAN BERADAB)

 

Semerbak bunga seroja

Dibelai dara pingitan

Lauk pauk penuh semeja

Jemput mempelai menikmati hidangan

Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama–sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu–alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.

 

(JAMUAN MAKAN - TUNGGU ISYARAT ACARA SELANJUTNYA)

 

Untuk ke acara seterusnya, majlis dengan ini menjemput pasangan mempelai untuk acara memotong kek. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.


(PENGANTIN MEMOTONG KEK)


Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

 

Tiup serunai di atas kota

Uda memupuk bunga melati

Mula kenal kemudian bercinta

Cinta tersemai di dalam hati

 

Inilah yang dikatakan

Umpama belayar telah sampai di pelabuhan

Umpama berkayuh telah sampai di muara

Umpama berjalan telah sampai ke destinasinya

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

 

Tuan puteri tersenyum-senyum

Melihat laksamana bermain rodat

Senyum-senyum jangan tak senyum

Sudah sempurna segala adat


Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.


0 Ulasan

Paling Baru