01162099363 - EMCEE ADAM

Rabu, April 20, 2022

Berkunjung-kunjungan Hari Raya Aidilfitri Jom Berkaraoke



Budaya unik rumah terbuka wajar diteruskan


Sudah menjadi amalan rakyat Malaysia, tradisi atau amalan rumah terbuka seakan menjadi kemestian bagi setiap perayaan utama seperti Hari Raya, Deepavali dan Tahun Baharu Cina.


Aidilfitri misalnya disambut meriah setiap tahun oleh semua kaum di negara ini tanpa mengira agama dan keturunan. Masyarakat Melayu rata-rata akan mengadakan rumah terbuka bagi meraikan tetamu dan jiran tetangga serta rakan taulan, jauh dan dekat. Pelbagai juadah disediakan bagi menjamu tetamu yang dinantikan kehadirannya.


Pada asasnya, kita melihat amalan rumah terbuka sekadar untuk meraikan rakan taulan dengan hidangan disediakan, tetapi ada rahmat yang tersembunyi di sebalik amalan rumah terbuka. Antaranya ialah ia dapat memupuk semangat kekitaan dan kejiranan. Warga kota misalnya, mereka tidak punya banyak masa untuk berkenal kenalan dengan lebih rapat dengan jiran mereka disebabkan kesibukan mengejar masa dan kerjaya.


Justeru, tradisi rumah terbuka secara tidak langsung merapatkan hubungan antara jiran tetangga. Inilah peluang untuk mereka mengambil tahu mengenai siapa dan apa pekerjaan jiran serta keluarga mereka. Era globalisasi kini sudah banyak menjarakkan hubungan antara manusia dengan kehadiran gajet yang canggih sehingga seorang manusia itu tidak bergaul lagi dengan orang di sekeliling. Situasi sebegini amat sukar untuk dibendung apatah lagi kesibukan dengan kerjaya masing-masing.


Jadi, amalan rumah terbuka, sedikit sebanyak memberi ruang kepada ahli kejiranan untuk sekurang-kurangnya mengenali jiran mereka.


Baca selanjutnya di https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/07/70147/budaya-unik-rumah-terbuka-wajar-diteruskan


Sumber : Berita Harian




Kepada yang nak mengadakan majlis rumah terbuka dan nak buat aktiviti berkaraoke, kami ada pakej untuk anda. Pakej karaoke rumah terbuka, hanya RM650 (normal price RM800) dengan syarat ianda dibuat pada sebelah malam. Kita cover maksimum 3 jam (8.00 malam - 11.00 malam). Tetapi ia tertakluk kepada kelapangan kami juga. 


Jika berminat boleh hubungi kami menerusi whatsapp 011-62099363


https://wa.me/601162099363

0 Comments:

Catat Ulasan

FOLLOW KAMI

Instagram Facebook

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Copyright © PA SYSTEM KAHWIN | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com