&
(NAMA PENGANTIN PEREMPUAN)
Hadiri
sekalian marilah bersama-sama kita memberi tumpuan di pintu masuk utama akan
ketibaan pengantin.
(BUNYI
KOMPANG DAN PENGANTIN BERJALAN SAMPAI KE PINTU GERBANG)
Anak
Cina memasang lukah
Lukah
dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan
pengantin segak melangkah
Mara
menuju mahligai kasih
Diiringi
alunan selawat (tertakluk kepada perubahan),
sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke dalam dewan, pasangan pengantin
yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; ; (NAMA PENGANTIN LELAKI) & (NAMA PENGANTIN PEREMPUAN).
(PENGANTIN
BERJALAN MENUJU KE PELAMIN)
Dari
Raub pergi ke Pontian
Terus
pula ke Kuala Perlis
Harap
semua berikan perhatian
Mohon
saya mulakan majlis
BismilLahir
Rahmanir Rahim
Assalamu
`Alaikum W.B.T.
Hari ini menugal jagung
Hari
esok memintal tali
Hari
ini kita berkampung
Meraikan
mempelai dua sejoli
Yang dihormati (NAMA AYAH DAN IBU PENGANTIN – TUAN RUMAH) selaku tuan rumah
kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan
mempelai; (NAMA PENGANTIN LELAKI) &
(NAMA PENGANTIN PEREMPUAN), yang
dihormati (NAMA AYAH DAN IBU PENGANTIN – ROMBONGAN), ahli keluarga,
saudara-mara, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan
hadirat para tetamu yang dirahmati Allah S.W.T. sekalian.
Selamat
datang diucapkan ke Majlis Perkahwinan ; (NAMA
PENGANTIN LELAKI) & (NAMA PENGANTIN
PEREMPUAN)
Burung
Nuri hinggap di balai
Balai
seri buatan Pak Tua
Tempat
berehat rakan dan taulan
Duduk
tersenyum kedua mempelai
Menadah
tangan memanjatkan doa
Moga
jodoh sentiasa berkekalan
Dengan
itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah SWT, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
……………………………………………..
Dipersilakan.
(BACAAN
DOA – 5MINIT)
Terima
kasih diucapkan di atas kesudian memimpin bacaan doa sebentar tadi.
Anak
Cina mengail patin
Mengail
patin di tepi titi
Senyum
terukir pasangan pengantin
Tanda
gembira penuh di hati
Bagi
tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis merenjis air mawar/ salam
restu (tertakluk kepada perubahan).
(MERENJIS/
SALAM RESTU - MUZIK INSTRUMENTAL PERKAHWINAN DIMAINKAN)
Dengan itu, saya menjemput :
· Keluarga ROMBONGAN (list perlu disediakan)
·
Keluarga
TUAN RUMAH (list perlu disediakan)
Demikianlah
tadi, acara merenjis air mawar/ salam restu yang disempurnakan oleh
keluarga kedua-dua belah pihak.
Puan
dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa
dengan penuh beradab
Pinggan
mangkuk telah terhidang
Kini
masa makan beradab
Majlis diteruskan lagi dengan acara makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya
menjemput pasangan pengantin untuk menuju ke meja utama bagi menikmati hidangan
yang disediakan, dipersilakan.
(MAKAN
BERADAB)
Untuk ke acara seterusnya, majlis dengan ini menjemput pasangan mempelai untuk
acara memotong kek. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
(PENGANTIN MEMOTONG KEK)
Sesungguhnya
manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan
hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan
perkahwinan yang dituntut agama.
Tiup serunai di atas kota
Uda
memupuk bunga melati
Mula
kenal kemudian bercinta
Cinta
tersemai di dalam hati
Inilah
yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama
berkayuh telah sampai di muara
Umpama
berjalan telah sampai di destinasi
Tiada
untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan
terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat
semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan majlis kita pada hari yang penuh
keberkatan ini.
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat
laksamana bermain rodat
Senyum-senyum
jangan tak senyum
Sudah
sempurna segala adat
Sesi
kita diteruskan dengan secara santai dan bergambar bersama para tetamu, kepada
para tetamu yang ingin bergambar bersama dengan pengantin, suka saya
mengingatkan supaya kita sama-sama mematuhi SOP yang ditetapkan. Jika boleh,
gantikan aktiviti bersalaman dengan pengantin dengan meletakkan tangan kanan di
dada sebelah kiri sebagai tanda hormat. Bersama kita mengekang penularan wabak
covid yang sedang melanda negara kita.
Dengan
itu, saya menjemput terlebih dahulu untuk sesi bergambar:
· Keluarga ROMBONGAN (list perlu disediakan)
·
Keluarga
TUAN RUMAH (list perlu disediakan)
(SESI
SANTAI & FOTOGRAFI BERSAMA TETAMU)
Pergi
ke dusun memetik kelapa
Kelapa
muda si kelapa barli
Jari
disusun maaf dipinta
Panjang
usia bersua kembali
Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita
lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua,
Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.
0 Comments:
Catat Ulasan