01162099363 - EMCEE ADAM

Selasa, November 09, 2021

MEMADAI SOUND CHECK SAHAJA, TAK PERLU REHERSAL (MELAINKAN JIKA BETUL-BETUL MEMERLUKANYA)




Ramai terkeliru dalam memahami perbezaan antara sound check (pemeriksaan bunyi) vs rehersal (raptai/latihan)

SOUND CHECK (PEMERIKSAAN BUNYI / AUDIO VIDEO)
Pemeriksaan bunyi ialah persediaan yang berlaku sebelum konsert, ucapan atau persembahan yang serupa untuk melaraskan bunyi pada sistem peneguhan bunyi atau siaran awam tempat itu.

REHERSAL (RAPTAI/ LATIHAN)
Raptai atau latihan biasanya melibatkan sesuatu majlis yang melibatkan sesuatu persembahan awam dan mempunyai protokol serta etiket yang perlu dipatuhi, terutama dalam majlis-majlis rasmi kerajaan dan korporat.





Dalam majlis perkahwinan, lazimnya tiada keperluan melakukan rehersal dan hanya pengujian audio video saja yang dibuat satu atau dua jam sebelum majlis bagi memastikan tidak ada sebarang masalah sepanjang majlis tersebut berlangsung. Berbeza dengan majlis sektor kerajaan dan korporat, ia memerlukan rehersal kerana aturcaranya yang formal, mempunyai protokol dan etiket yang perlu dipatuhi.

Kerana itu, kami tidak pernah membuat rehersal/ raptai untuk majlis perkahwinan sekiranya aturcara majlis adalah standard. Apa yang dimaksudkan aturcara standard adalah :
i. Tetamu tiba
ii. Pengantin tiba
iii. Merenjis/ Salam restu
iv. Makan beradab
v. Potong kek
vi. Sesi bergambar

Aturcara di atas adalah aturcara yang lazim digunakan dalam majoriti majlis perkahwinan di Malaysia. Pengacara majlis juga lazimnya telah mengetahui peranan dan teks yang perly dituturkan sepanjang majlis berlangsung.

Cuma yang menjadi kerisauan adalah di pihak pengantin, terutama yang belum pernah mengadakan majlis perkahwinan dalam keluarga mereka. Atau yang merasakan perlu rehersal kerana tidak mahu kelam kabut.

Bagi mencerahkan perkara tersebut, pihak pengantin boleh melantik beberapa orang perantara majlis selain daripada pengacara majlis iaitu seperti floor manager/ wedding organizer, usherer dan crew. Setiap mereka mempunyai peranan yang berbeza dan akan membantu kelancaran majlis. Antaranya memberikan Que kepada pengacara majlis akan ketibaan pengantin serta memimpin/mempelawa tetamu untuk merenjis/bergambar.

Di pihak kami juga, pakej Pengacara Majlis (RM350) adalah merujuk kepada hari majlis sahaja. Lazimnya majlis perkahwinan berlangsung antara 2-5 jam. Dan pengacara majlis membei tumpuan kepada mengacarakan majlis dan tidak berperanan memainkan lagu (melalui laptop). Cuma jika dewan kecil dan keluarga pengantin tidak begitu cerewet, pengacara majlis boleh membantu memainkan lahu sekiranya kedudukannya bersesuaian dan peralatan yang disediakan pihak dewan mencukupi.

Manakala untuk raptai/rehersal, caj tambahan RM150 akan dikenaman jika pihak keluarga/ pengantin masih tetap memerlukan sesi tersebut dan lazimnya diadakan sehari awal sebelum majlis. Ianya juga tertakluk kepada kelapangan pengacara majlis, pihak dewan dan pihak-pihak lain yang turut terlibat dalam memastikan kelancaran majlis itu sendiri. Jika tidak, maka sesi rehersal tersebut tidak sempurna dan tidak mencapai matlamatnya.

Semoga dengan penerangan ini akan memberika  gambaran yang jelas berkaitan peranan pengacara majlis, keperluan rehersal mahupun sound check. Sekiranya memerlukan khidmat pengacara majlis boleh berhubung dengan kami menerusi 01162099363.


Terima kasih.

0 Comments:

Catat Ulasan

FOLLOW KAMI

Instagram Facebook

Popular Posts

Jumlah Pelawat

Copyright © PA SYSTEM KAHWIN | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com