Hi! Wow! Sekarang ni di Malaysia ada banyak lagu-lagu berkonsepkan percintaan yang sesuai untuk dijadikan lagu tema dalam majlis perkahwinan/ majlis persandingan/ majlis resepsi. Terutama semasa berjalan menuju ke pelamin atau semasa hendak memotong kek.


Kami kerap menggunakan lagu "Wanita Terakhir" oleh Fatah Amin. Lagu instrumentalnya sangat bersesuaian untuk acara memotong kek. Dan dipadankan dengan skrip yang kami bacakan semasa pengantin memotong kek, memang sangat kena dan terbaik.


Mungkin dengan alunan muzik isntrumental daripada beberapa lagu yang kami senaraikan di bawah ini boleh menjadikan perkahwinan anda kelihatan serba indah dan penuh dengan memori terindah. Sedikit sebanyak tetamu jemputan yang hadir pun turut terhibur dengan lagu yang boleh membangkitkan mood dan adrenalin ceria mereka.


Jom kita tengok senarai beberapa lagu yang boleh anda pertimbangkan. Kami memilih lagu instrumental kerana ia lebih sedap dan enak didengar sambil mata memberi tumpuan kepada anda yang berada di atas pelamin yang tersergam indah.