Assalamualaikum wbt


Semoga semua pelanggan kami sihat sejahtera hendaknya.


Semenjak ura-ura melaksanakan PKP/PKPB dengan tanpa kelonggaran sepertimana sekarang, ramai pelanggan yang bakal melaksanakan majlis/event pada bulan 1 dan 2 ini menyuarakan hasrat menangguh/menunda majlis/event mereka.


Insyaallah, pihak kami sangat peka dengan situasi semasa. Sebarang penangguhan/penundaan bagi sesuatu majlis/event adalah dibenarkan. Maklumkan saja kepada kami jika pelaksanaan PKP/PKPB melarang aktiviti keramaian/kenduri kahwin dilaksanakan di tempat yang bakal anda langsungkan.


Pihak kami membuka ruang kepada anda semua memberikan tarikh baru pada bila-bila masa sepanjang tahun 2021. Insyaallah, tidak ada kenaikan harga. Malah pelanggan yang membuat tempahan dengan tawaran harga tertentu akan kekal menikmati harga tersebut.


Kekal tenang. Stay safe. Kita jaga kita.


Hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan lain.


Terima kasih.