Kenapa perlu bayar wang pendahuluan (deposit) untuk membuat tempahan?


Ia adalah komitmen kedua-dua pihak untuk saling berurusniaga. Dalam konteks perkhidmatan yang disediakan oleh kami, ia merujuk kepada komitmen pelanggan dan kami.


Deposit yang ditetapkan sebagai tanda jadi. Dalam senario semasa, adalah sangat mustahil dan sukar sesuatu tempahan boleh diterima tanpa ada pembayaran deposit.


Di pihak kami sebagai contoh, ia bertujuan menjaga sumber rezeki kami. Kerana bayaran deposit itu akan membuatkan kami tutup tarikh dan masa yang ditempah itu (locked date).


Bayangkan, jika secara tiba-tiba pelanggan membuat keputusan membatalkan tempahan, berapa besar kerugian yang kami perlu tanggungi?


Demikian juga jika kita lihat dalam situasi pelanggan, bayangkan anda nak buat majlis/event dan penyedia perkhidmatan membatalkan tempahan dan tidak jadi datang menyediakan perkhidmatan tersebut. Bagaimana perasaan anda? Anda juga akan menanggung malu jika tetamu hadir tetapi majlis anda kosong.


Lebih kurang begitulah kesannya kepada kedua-dua belah pihak. Maka atas sebab itulah, malah dalam Islam dibenarkan untuk mengambil deposit.


Semoga dengan penjelasan ini akan memberi ketengan kepada kedua-dua belah pihak. Dan seterusnya kita mewujudkan suasana harmoni antara pelanggan dan penyedia perkhidmatan.


Kami kepilkan sekeping poster info grafik supaya anda jelas akan hukum pengambilan wang pendahuluan (deposit).


Wallahualam. Semoga kita semua dirahmati Allah azza wajalla. 


Hubungi kami segera untuk membuat tempahan menerusi whatsapp


https://wasap.my/601162099363/pasystemperkahwinan


#majlisperkahwinan #professionalemcee #walimatulurus #majlispernikahan #malaywedding #galadinner #sportsday #annualdinner #grandopening #majlisresepsi #pasystemrental #butikperkahwinan #bajupengantin #busanaperkahwinan #galeriperkahwinan #hantaran #hantaranperkahwinan #doorgiftmurah  #pengantinbaru #akadnikah #nikahpkp #kahwinpkp #harikeluarga #sukaneka #pasystem #karaoke #deejay #emcee #sewapasystem