YOUTUBE



PROMOSI





TULISAN BLOG / ARTIKEL PILIHAN



Contoh Teks Pengacara Majlis - Emcee


Gambar di atas adalah hiasan semata-mata.



CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PERKAHWINAN ADHA & AZWAN 

(PANTUN)
Sirih junjung berhias indah,
Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkuunnjg ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.

(KOMPANG DIMAINKAN) – 8 Minit

Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke dalam dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari;

SITI NORADHA AHMAD & AZWAN JAMALUDIN.

(SELAWAT) – 3 Minit

(Pengantin akan berjalan menuju ke pelamin)

(PANTUN)
Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis

BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.

(PANTUN)
Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli

Di malam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati EN. AHMAD ALBAB &  PUAN MAS AYU selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai;  ADHA & BUDI, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

Saya, EMCEE ZAM, pengerusi majlis pada hari yang berbahagia ini, mengucapkan Selamat datang ke :

Majlis Perkahwinan ADHA & BUDI.

(PANTUN)
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Burung Nuri hinggap di balai
Balai seri buatan Pak Tua
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh HAJI HUSIN bapa saudara kepada pengantin perempuan.

Dipersilakan.

(BACAAN DOA – 5MINIT)

Terima kasih diucapkan kepada PAK LONG di atas bacaan doa sebentar tadi.

(PANTUN)
Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis  merenjis air mawar.

(MUZIK INSTRUMENTAL PERKAHWINAN DIMAINKAN)

Dengan itu, saya menjemput :

(Nama dan gelaran dalam keluarga)

Yang pertama –

Seterusnya – .......

Demikianlah tadi, acara  merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di singgahsana.

(PANTUN)
Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan.

(PENGANTIN BERJALAN DARI PELAMIN KE MEJA)

(PENGANTIN DUDUK)

(PANTUN)
Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan

Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama – sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.

(JAMUAN MAKAN - TUNGGU ISYARAT ACARA SELANJUTNYA)

Untuk ke acara seterusnya, Majlis dengan ini menjemput kedua – dua mempelai untuk acara memotong kek. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

PENGANTIN MEMOTONG KEK

(15MINIT)

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

(PANTUN)
Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

(PANTUN)
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

(PANTUN)
Tanam laguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.

.....................................................................................................


HARGA PAKEJ TAHUN 2022 YANG TERKINI

Untuk tempahan dan pertanyaan tarikh, sila hubungi kami menerusi whatsapp 011-62099363:

https://wa.me/601162099363


HARGA PAKEJ TAHUN 2022 YANG TERKINI

 

Berikut adalah kadar harga baru pakej yang disediakan oleh pihak kami. Harga masih boleh dirunding terutama jika mengambil pakej untuk majlis resepsi bersanding dan bertandang (2 majlis @ event).

 


 

1. PAKEJ EMCEE (PENGACARA MAJLIS)

 

A. SEORANG EMCEE (PENGACARA MAJLIS)

- Emcee Yang Versatile & Spontan

- Tiada Sesi Raptai/Rehersal

- Masa Liputan 3 Hingga 5 Jam

- Teks Emcee Disediakan Berdasarkan Aturcara Majlis

- Harga Bermula Daripada RM500

 

B. SEORANG EMCEE (PENGACARA MAJLIS)

- Emcee Yang Versatile & Spontan

- Termasuk 1 Kali Sesi Raptai Dan 1 Kali Sesi Perbincangan

- Masa Liputan 3 Hingga 5 Jam

- Teks Emcee Disediakan Berdasarkan Aturcara Majlis

- Harga Bermula Daripada RM700

 

C. SEORANG EMCEE (PENGACARA MAJLIS) & SEORANG KREW

- Emcee Yang Versatile & Spontan

- Termasuk 1 Kali Sesi Raptai Dan 1 Kali Sesi Perbincangan

- Masa Liputan 3 Hingga 5 Jam

- Teks Emcee Disediakan Berdasarkan Aturcara Majlis

- Krew Akan Menjaga Laptop (Mainkan Muzik Dan Video Jika Ada)

- Harga Bermula Daripada RM1000

 

 

2. SEWAAN PERALATAN PA SYSTEM, KARAOKE & DEEJAY

 


A. SEWAAN PA SYSTEM SAHAJA (RM500)

1 Unit Power Mixer (Build-In Amp)

2 Unit High Quality Wireless Mic

2 Unit Speaker & Stand

1 Unit Smartphone Dengan Spotify

1 Orang Krew Bertugas Sahaja & Tiada Announcer/Deejay

 



B. SEWAAN PERALATAN PA SYSTEM & ANNOUNCER/DEEJAY RM700

1 Power Mixer (Build-In Amp)

2 Unit High Quality Wireless Mic

2 Unit Speaker & Stand

1 Unit Smartphone Dengan Spotify

1 Orang Announcer/Deejay Yang Versatile & Spontan

 



C. SEWAAN PA SYSTEM + KARAOKE & ANNOUNCER/DEEJAY RM900

1 Unit Power Mixer (Build-In Amp)

2 Unit High Quality Wireless Mic

2 Unit Speaker & Stand

1 Monitor Speaker & External Screen Monitor

1 Unit Laptop Dengan Spotify

1 Orang Announcer/Deejay Yang Versatile & Spontan

 



D. SEWAAN PORTABLE ACTIVE SPEAKER RM350 

1 Unit Portable Active Speaker & Stand

2 Unit High Quality Wired Mic

Sesuai Untuk Mesyuarat/ Kursus/ Majlis Di Bawah 50 Pax

**Security Deposit RM500 (Sekuriti deposit akan dipulangkan sekiranya peralatan dipulangkan dalam keadaan baik dan tidak ada sebarang kerosakan)


KETERANGAN PAKEJ:

 

A. Pakej No 1 hanya untuk perkhidmatan Emcee (Pengacara Majlis). Sesuai majlis di hotel atau dalam dewan perkahwinan yang telah ada pa system. Pihak pelanggan harus memastikan dengan pihak dewan ada krew yang menjaga pa system tersebut. Jika tidak ada, sila ambil pakej yang mempunyai seorang krew.

 

B. Harga caj emcee yang dinyatakan adalah anggaran sahaja. Ia akan bergantung kepada tarikh dan lokasi majlis. Bagi pelanggan yang ingin mengadakan sesi raptai, sila ambil pakej yang mengandungi raptai.

 

C. Pakej No 2 hanya untuk sewaan peralatan pa system, karaoke dan deejay (bergantung kepada jenis pakej yang ingin diambil). Krew teknikal ada disesiakan sepanjang majlis untuk tujuan memasang dan menjaga peralatan disediakan.

 

D. Pakej No 1 (A) dan 2 (B) adalah pakej yang paling kerap diambil oleh pelanggan kami. Pakej ini telah disediakan keperluan asas pa system untuk sesebuah majlis perkahwinan (ianya bergantung kepada lokasi majlis diadakan)

 

E. Pakej No 2 untuk sewaan peralatan pa system, karaoke dan deejay ini tidak ada sesi raptai. Ini kerana kami tidak membuat pemasangan sehari awal hanya semata-mata untuk sesi raptai. Jika pelanggan ingin juga mengadakan sesi raptai, maka pelanggan perlu membuat tempahan untuk pakej yang sama bagi sesi raptai dan ianya tertakluk kepada kelapangan jadual kami juga.

 

F. Pemasangan peralatan pa system hanya akan dibuat 60 minit sebelum majlis berlangsung. Manakala peralatan akan dikemas terus sebaik waktu tempahan tamat. Kami tidak sesekali akan meninggalkan peralatan pa system kami di lokasi majlis.

 

G. Tempoh perkhidmatan dan sewaan adalah mengikut waktu standard majlis perkahwinan yang lazimnya diadakan antara 3 jam hingga 5 jam sahaja. Contoh waktu standard majlis perkahwinan adalah 9.00 pagi - 2.00 petang (Nikah tanpa sanding), 11.00 pagi hingga 4.00 petang (Sanding Siang), dan 8.00 malam hingga 11.00 malam (Malam Berinai/ Sanding Malam).

 

H. Jika ada keperluan untuk menggunakan perkhidmatan emcee atau sewaan peralatan pa system melebihi tempoh 5 jam, caj tambahan akan dikenakan dan ianya bergantung sepenuhnya kepada kelapangan jadual kami juga.

 

I. Kami hanya menggunakan smartphone yang mempunyai aplikasi Spotify untuk memainkan lagu-lagu dalam sesuatu majlis. Hanya untuk aktiviti berkaraoke sahaja kami akan membawa dan menggunakan laptop.

 

Sekiranya memerlukan perkhidmatan atau peralatan tambahan boleh rujuk harga di bawah (add-on sahaja):

 

Aktiviti Karaoke RM200

2 unit speaker dan stand RM300

2 unit Wireless Mic RM300

2 unit Wired Mic RM200

1 orang announcer/deejay RM400

1 orang krew RM200

 

 

PERHATIAN:

 

Peralatan pa system kami tidak sesuai untuk lve band atau busking. Peralatan ini disediakan khas untuk small dan medium event terutamanya majlis perkahwinan, hari sukan, karnival jualan, seminar atau hari ulang tahun.

 

Perkhidmatan dan sewaan peralatan yang disediakan oleh pihak kami adalah untuk sekitar putrajaya, kuala lumpur dan kawasan dalam selangor yang berdekatan sahaja. Tidak ada caj pengangkutan bagi kawasan tersebut.

 

Kami juga akan mengenakan caj tempat letak kereta sekiranya lokasi majlis tidak ada tempat letak kereta percuma

 

Bagi di luar kawasan, kami akan mengenakan caj pengangkutan/ penginapan (bergantung kepada jarak perjalanan ke lolasi majlis)

 

Tempahan adalah tertakluk sepenuhnya kepada terma dan syarat yang disediakan. Sila baca dan fahami kandungan terma dan syarat tersebut sebelum membuat tempahan.

 

Anda adalah dianggap telah bersetuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan sebaik membuat bayaran tempahan.

 

Untuk tempahan dan pertanyaan tarikh, sila hubungi kami menerusi whatsapp:

 

https://wa.me/601162099363



Di bawah adalah antara video bagaimana setup peralatan pa system kami untuk sesebuah majlis. Ia akan memberi sedikit gambaran kepada kesesuaian pakej yang diambil dengan konsep majlis, keluasan tapak/dewan dan aturcara yang ditetapkan.












Untuk tempahan dan pertanyaan tarikh, sila hubungi kami menerusi whatsapp 011-62099363:

https://wa.me/601162099363

No comments:

Post a Comment